RAWATAN

 RAWATAN YANG DISEDIAKAN

 

PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA TRADISIONAL

Sebelum sesuatu rawatan dilakukan, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengetahui tekanan darah pesakit untuk membolehkannya menjalankan sesuatu rawatan. Pemeriksaan kesihatan secara tradisional ini juga dilakukan dengan cara menggosok telapak kaki pesakit untuk mengetahui punca penyakit yang sebenarnya. Seterusnya mencadangkan rawatan yang terbaik. Ia dilakukan oleh Ustaz Sheikh sendiri.

 

URUTAN TRADISIONAL SELURUH BADAN

  

Urutan adalah amalan menggunakan tekanan terhadap tisu lembut tubuh seperti otot-otot, ligament dan sendi yang boleh mendatangkan kesan positif terhadap emosi dan fizikal. Dari segi fizikal, berurut mampu memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta meningkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Antara kesan emosi ialah menimbulkan perasaan tenang serta mengurangkan tekanan . Rawatan ini berlangsung selama satu jam. 

 

REFLEXSOLOGI

Rawatan merangkumi dari lutut ke kedua-dua belah tapak kaki sahaja. Rawatan bertujuan untuk melegakan san member kesegaran kepada pesakit. rawatan berlangsung selama satu jam.

 

BEKAM

Bagi mereka yang mengidap penyakit angin samada dalam badan/darah, kerap pitam, selalu sakit kepala atau migrain, sakit-sakit sendi dan/atau pinggang. Mengeluarkan penyakit melalui kaedah bekam ini merupakan kaedah yang selamat dan berkesan seperti mana dalam sabda Rasulullah s.a.w “..diharuskan berbekam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..”.

 

RAWATAN HOLISTIK

Holistik adalah perkhidmatan yang menggunakan 100% ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengubati masalah-masalah seperti gangguan makhluk halus, lemah semangat, hilang keyakinan diri dan sebagainya.

 

RESDUNG

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali     juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung,  kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka.

 

Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.Perkhidmatan ini disediakan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu cara iaitu wap, corong dan urutan. Masa yang diambil adalah selama 30 minit.

Contribute!
Books!
Shop!